Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..
Monday 29 May 2017
Resepi Ikan Rebus Goreng Berlado
Bahan-bahan:
3 Ekor Ikan Sardin (terpulang nak pakai ikan ape selar ke kembong pon boleh)
2 keping Asam Keping
1 sudu teh Garam
Rebus ikan dalam 20 hingga 30 minit
Bahan untuk Cili:
4 Batang Cili Merah (kalau suka pedas bleh tambah cili api) } Dikisar
1 Labu Bawang Besar } Dikisar
4 Ulas Bawang Putih } Dikisar
2 cm Belacan } Dikisar
1/2 cawan Air Asam Jawa
Garam
Gula (dapat gula melaka pun sedap)
Serbuk Perasa
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Goreng ikan yang telah direbus sehingga garing (hati-hati sebab ikan akan meletup-letup)
2. Angkat ikan dan toskan minyaknya
3. Kurangkan minyak gorengan ikan tadi agak2 dgn cili yang nak ditumis..
4. Tumiskan Bawang besar, Bawang putih, dan belacan yg telah dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak..
5. Bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa..gula, garam dan perasa..tunggu sampai tumisan sedikit kering
6. Bolehla masukkan ikan bila tumisan sudah sedikit kering jangan sampai hangus hokeyy..kacau sehingga rata cili2 itu..siapppp
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment