Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Wednesday 28 September 2016

Borong Lens

Pelik-pelik sejak akhir-akhir ni..aku sekarang suka sangggatt..melawa..entah kenapa..mengandung kot.. Baru baru ni.., ehh..! takde la baru dalam bulan lepas la..aku order lens baru..lens haritu pun tak pakai habis lagi..terima kasih pada Eira Lens..lens awak best sangat..


Sapa-sapa nak Lens leh order dengan die ni..yang penting die ni tak menipu k..kadang-kadang beli online tak sama macam gambar yang die tunjuk..


Order dengan die cepat sampai..tanya je ape-ape..die akan bagitahu takde macam sesetengah saler yang PEMALAS nak jawab pertanyaan customer..nak-nak pulak sale meletop..IG ramai follower..


Dari kiri tu Stella Turquoise 3 Tone,Puffy Sky blue 3 Tone, Nobluk Violet,Nobluk Brown, Nobluk Green.. yang digunakan baru satu..nobluk brown..buat pakai pegi opis aje kan..

Wednesday 14 September 2016

Majlis Sehati Sejiwa:Sekalung Budi Seindah Kenangan

Beberapa minggu yang lepas opis ni ade wat farewell anjuran Puspanita Cawangan Kecil JPM..untuk pegawai bersara..ada makan-makan,cabutan bertuah dan macam-macam lagi..termasuk la karokss..Bermula dengan sesi menyampaikan ucapan, majlis makan-makan sampai la acara cabutan bertuah..

Aku bab cabutan bertuah ni..bukan tak pcaye ke ape ke tapi semua bergantung pada nasib..biasenye nasib aku tak mengena..Awal-awal aku dah cakap ngan member opis aku..lepas makan je nak blah terus..maklum le hari jumaat..macam-macam nak buat..Diorang pon ajak aku tunggu gak..aku pon ok kan je la..


Hadiah berganti hadiah..dah tinggal 1 je lagi hadiah..aku dah frust..aku dah rasa cam "jom lah balik.."
Bila MC sebut nombor aku..terus berdiri..syukur sangat..exited..macam-macam rase..seram sejuk semua ada..


Gambar atas pentas dengan Puan Seri tak snap..tengah seronok sampai lupa..memang tak sangka rezeki aritu..
inilah hadiah pertama aku anjuran puspanita..sebelum ni ashik bad luck..dah namanya rezeki Allah..Alhamdulillah..