Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Sunday 26 June 2016

Udang Masak Kari Kering

Menu ni aku buat pada ramadhan ke-10 gitu..tu pun sebab ade member opis offer sekilo RM 30..aku pun sambar je..udang die fresh..manis lagi la..setakat aku ngan suami dapat la tahan seminggu..


Macam-macam kaedah aku guna..goreng mee letak..masak meggi letak.. Husband sampai boring.."tak takut gaut ke..??" katanyer..ni antara menu berbuka yang aku wat..


Udang Masak Kari Kering

Bahan-Bahan :-

Udang (setengah kilo @ agak-agak la )
3 sudu makan Serbuk kari (aku guna rempah kari ikan babas)
1/2 Cawan Santan (optional aku gune yang serbuk..ikut selera masing-masing)
1 labu Bawang besar } dikisar @ ditumbuk
2 ulas bawang putih }dikisar @ ditumbuk
1 inci halia}dikisar @ ditumbuk
1/2 labu bawang besar di hiris bulat
Daun kari


Cara-Cara:-

1. satukan serbuk kari dengan udang..gaulkan..ikut suka kalau rase rempah xcukup boleh tambah.

2.Panaskan minyak dan masukkan daun kari dan bahan yang telah dikisar @ ditumbuk

3. Setelah bahan-bahan tumis dah garing masukkan udang yang telah diperap dengan serbuk kari tadi..masukkan sedikit air. Sedikit sahaja untuk sebatikan udang..(udang dah masuk awal..jangan terlalu banyak air. Air udang akan keluar untuk mengelakkan udang over cook sebab lepas ni nak masuk santan pulak)

4. Akhir sekali masukkan santan..masak sehingga kering..sesekali kacau untuk elakkan hangus..


*kepekatan santan sederhana jangan terlalu pekat.



No comments:

Post a Comment