Tiada apa yang istimewa..semua cerita dalam blog ini sebahagian daripada "Perjalanan" hidup saya untuk dikongsi bersama anda..

Thursday 30 June 2016

Spaghetti Daging dan Ayam

Hari malas aku dah datang..Ramadhan ke-17 cuti umum Nuzul Al-Quran.. Aku satu hari mengemas rumah basuh baju..bile petang mood dah jadi malas..tengok ape ade kat dapur walaupun sayur ape pun takde..so aku decide utk masak spagetti..goreng kering je..
Ayam ni sebenar nye ayam golek balance husband aku beli kat bazar ramadhan tak habis..sayang nak buang membazir kan..


SPAGHETTI DAGING DAN AYAM



Bahan-bahan:-

1 bungkus Spaghetti (rebus dulu)
1 Bungkus daging kisar Ramlee (goreng dulu tanpa minyak)
1 Labu Bawang holland (potong dadu)
5 Ulas Bawang putih (cincang halus)
1 Sudu besar keju parmesan (ikut selera masing-masing lebih pun takpe)
4 sudu besar minyak untuk menumis
3 sudu besar lada hitam (utk herbs suka hati klu nak guna oregano @ pape pun. Ikut tekak Masing-masing)
Garam secukup rasa


 Kan banyak ayam tu..memang sayang nak buang..


Cara-Cara:-

1. Panaskan minyak tumiskan bawang putih hingga naik bau

2. Bila bawang putih dah garing masukkan bawang holland

3. Tunggu hingga bawang holand masak lembut baru masukkan daging yang telah digoreng dulu

4. Kacau dan masukkan spaghetti yang telah direbus terlebih dulu. perasakan dengan garam dan lada hitam

5. Kacau sampai sebati dan tutup api..taburkan keju parmesan dan kacau supaya cheese kene pada semua spaghetti.



SELAMAT MENCUBA 
DAN
SELAMAT BERBUKA PUASA




Resepi Sambal Tumis Udang

Udang Lagiii..??? Udang ni balance beli aritu.. Tak habis makan lagi.. Banyak kot sampai bole masak 3 kali.. Kali ni aku nak kongsi resepi sambal tumis udang..untuk menu berbuka Ramadhan yang ke- 16.
Kat umah aku jarang nak wat masak gulai berkuah ni..sebab aku suke yang simple-simple aje.. kali ni husband aku makan jugak walaupun die tengah berdiet.. Die pun tak heavy diet..half diet je..


Sambal Tumis Udang

Bahan-Bahan:-

20 ekor udang saiz sederhana dicuci bersih
10 Tangkai cili kering (direbus)
2 Labu Bawang Besar (banyak lagi sedap)
2 ulas bawang putih
Minyak
5 Sudu besar air asam jawa
2 Sudu besar Gula (ikut selera nak letak banyak pon boleh)
garam secukup rasa


Cara-cara:-

1. Blend cili kering,bawang dan bawang putih
2.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah diblend
3. Tunggu sampai cili betul-betul masak dan pecah minyak
4. Setelah kering dan pecah minyak dan kering tambah air asam jawa
5. Masukkan gula dan garam
6. Akhir sekali masukkan udang dan kacau sampai udang masak..utk elakkan air udang keluar, bukak api besar sambil kacau-kacau hingga masak

SELAMAT MENCUBA







Wednesday 29 June 2016

Nasi Lemak Menu Berbuka Puasa..Ramadhan Ke- 14

Kali ni entry aku nak cerita pasal makanan yang aku sedia kan untuk family kecik aku untuk berbuka.. Aku ni kalau hari-hari cuti ni excited nak sediakan juadah sahur dan berbuka. Cuma sahur tu aku tak boleh hapdet la sebab makan makanan yang dipanaskan aje..

Kali ni aku nak kongsikan menu berbuka kami ramadhan ke-14



Menu nasi lemak ni adalah fav husband aku kalau die tak diet. Walaupun die tak berapa diet sangat die tetap akan suruh aku kurangkan segala gula, minyak dan perasa..so santan kene kurangkan lah..
Selain itu..


haa...ni roti john home made..sebab husband diet. Die tak boleh makan makanan berminyak..cam kat bazar ramadhan kan ade guna majerin..so.. nak sihat kene wat sendiri la.. Walaupun rupa die tak cantik tapi sedap hokey..


Finally..Ayam Bakar ni husband aku beli kat bazar ramadhan.. sebab bakar je husband aku beli..kadang2 ade yang sapu @ renjis minyak masa proses memasak.. Tapi yang ini memang bakar tanpa minyak..kalau nampak berkilat tu, tu minyak dari ayam tu sendiri..
Dengan gamba ayam ni tamat la sudah entry aku untuk kali ni..jumpa lagi pada masa akan datang..okey..bye..



Monday 27 June 2016

Tempahan Hari Raya 2016

Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk mencoretkan aktiviti dan pengalaman aku kat sini lagi..di bulan berkat ni aku sememangnya tak boleh lari dari kerja ni..walaupun aku dah lama nak bersara..
nak tolak kesian sebab pegawai kat opis ni jugak kan..aku anggap la ni rezeki aku..



Aku ni xde lar pandai nau menjahit nye..isi masa lapang.. suke-suke je..manik pun dah mahal sekarang..nak charge org mahal-mahal kesian lak..aku anggap lebih kurang tu aku sedekah..


Jahitan aku ni biasa-biasa aje..sebab ade opis mate menjahit manik jugak tapi die lagi champ la..
Segala jenis manik dan batu..Swarovski bagai..aku ni malas aje..sebab ramai nak murah..


Baju ni sebenarnya sudah digunakan..paham-paham je la kalau baju lace kerawang bagai ni..kalau dah guna kompom berbulu dan berkedut..cam bahagian tangan die ni..banyak kali kot aku gosok ngan strerika. Tapi die still kedut cam tu..


Tepi sebelah kiri ni ade lagi sekelompok bunga..tapi masa aku crop pic ni aku tak perasan..bile cari pic ori nak crop lagi sekali dah hilang..






Sunday 26 June 2016

Udang Masak Kari Kering

Menu ni aku buat pada ramadhan ke-10 gitu..tu pun sebab ade member opis offer sekilo RM 30..aku pun sambar je..udang die fresh..manis lagi la..setakat aku ngan suami dapat la tahan seminggu..


Macam-macam kaedah aku guna..goreng mee letak..masak meggi letak.. Husband sampai boring.."tak takut gaut ke..??" katanyer..ni antara menu berbuka yang aku wat..


Udang Masak Kari Kering

Bahan-Bahan :-

Udang (setengah kilo @ agak-agak la )
3 sudu makan Serbuk kari (aku guna rempah kari ikan babas)
1/2 Cawan Santan (optional aku gune yang serbuk..ikut selera masing-masing)
1 labu Bawang besar } dikisar @ ditumbuk
2 ulas bawang putih }dikisar @ ditumbuk
1 inci halia}dikisar @ ditumbuk
1/2 labu bawang besar di hiris bulat
Daun kari


Cara-Cara:-

1. satukan serbuk kari dengan udang..gaulkan..ikut suka kalau rase rempah xcukup boleh tambah.

2.Panaskan minyak dan masukkan daun kari dan bahan yang telah dikisar @ ditumbuk

3. Setelah bahan-bahan tumis dah garing masukkan udang yang telah diperap dengan serbuk kari tadi..masukkan sedikit air. Sedikit sahaja untuk sebatikan udang..(udang dah masuk awal..jangan terlalu banyak air. Air udang akan keluar untuk mengelakkan udang over cook sebab lepas ni nak masuk santan pulak)

4. Akhir sekali masukkan santan..masak sehingga kering..sesekali kacau untuk elakkan hangus..


*kepekatan santan sederhana jangan terlalu pekat.



Thursday 23 June 2016

Jamuan Makan-Makan Menyambut Ramadhan..

Pejam celik dah dua minggu lebih umat islam menyambut ramadhan al mubarak. Sebelum puasa haritu adalah opis aku yang kecik lg comel ni wat makan-makan menyambut puasa..memandang baru pindah opis baru..busy bebenau baru nak hapdet..kami wat potluck aje..bawak sorang sikit..tu pun jenuh nak mengabihkan..





Antara juadah menjadi pilihan..Laksa Penang..my fav..nampak gayanya mungkin ini laksa terakhir utk kami kat opis..sebab tukang masak laksa ni (baju purple) dah bertukar ke kementerian lain..kire nye ni kenangan terakhir aku bersama laksa ni la..



Ni pun fav jugak..Brownies..comel-comel aje..


Nilah keseluruhan makanan yang kiteorang bawak..xlarat nak makan dah..dengan roti jala bagai..
ketemu lagi pada masa akan datang..bye-bye..